Monday, May 31, 2010

latest update from Sami for his Face Book

Sami Yusuf Salam everyone :-)
subhan ALLAH :) Ok, khalas... We'll keep the profile after all! :) Just please forgive me for not being as active as I'd like to be and I request everyone to join us on www.samiyusufofficial.com -- where I will be most active :) God Bless you all. Much love to you all. Sami
I copied this from akhi Sami's facebook today. I my self feel very happy coz he cancel his plan not to appear on his fb startinng 31 may. I believe all of you feel very happy too with this happy news from him, our beloved brother in Islam Sami Yusuf.

To my brother , Akhi Sami! Thanx very very much. We know u love us coz we love u more. It's okey if u r not active, at least we have news from you. Your word so meaningfull to ur fans and friends from all over the world. For sure we'll visit ur samiyusufofficial.com. I visit ur web everyday. ur youtube channel just to listen to ur songs. love all ur songs very much. especially mother, asma Allah, you came to me, try not to cry, without you...OMG all of it laaaa....hasbi rabbi yea....very lovely very evergreen.... Love u soooo much ya akhi..thanx soooo much. ;-))))))) seven smile just for you.

Sunday, May 17, 2009

TIADA ISTILAH GAGAL UNTUK ORANG BERJAYA

Siapa yang ingin gagal? Rasanya dalam sepuluh orang ditanya, pasti jawapan mereka tetap sama iaitu ingin sukses dan berjaya dalam hidup.Walau bagaimanapun kenapa masih ada yang gagal dalam usaha yang mereka lakukan? Adakah Allah SWT itu zalim? Sesungguhnya Allah SWT adalah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cuma yang penting kita kenali siapa diri kita, istiqamah dengan apa yang dilakukan dan melaksanakan segala perintah Allah SWT.

Kenapa saya baru hendak bermula sekarang sebagai penulis? Kenapa tidak sepuluh tahun dahulu? Adakah semua usaha dahulu menemui kegagalan? Bolehkah saya menjadi seorang penulis? Nampaknya pelbagai persoalan yang harus saya selesaikan.Walau bagaimanapun adalah cukup untuk saya nyatakan bahawa perkara-perkara yang dilakukan sebelum ini dianggap sebagai proses belajar dan mematangkan diri.

Secara ringkas apa yang telah diusahakan sebelum ini selain tugas rasmi sebagai seorang pendidik sejak penghujung tahun 1994 dan lokasi pertama ditempatkan ialah di SMK Tungku, Lahad Datu, Sabah. Ia suatu pengalaman yang sukar pada waktu itu tetapi saya percaya masih ramai lagi rakan-rakan yang lebih sukar dalam menabur bakti sebagai pendidik terutama di Kepulauan Borneo ini. Kisah semasa bertugas di Sabah akan diceritakan pada masa-masa akan datang, Insyallah.

Selepas bertugas di Lembah Klang, ia suatu pengalaman yang jauh berbeza. Semua perkara perlu dilakukan dengan pantas dan bijaksana. Jika tidak, kita akan hanyut dan gagal menempatkan diri dalam suasana kota kosmopolitan ini. Semua perkara memerlukan kos sama ada ia besar atau kecil. Oleh itu, bermulalah pengalaman yang tidak pernah dilakukan semasa bertugas di Sabah selama lapan tahun iaitu menjadi guru tuisyen dari rumah ke rumah, multilevel marketing (MLM), agen insurans dan seterusnya pedagang matawang asing dalam talian.

Pelbagai pengalaman ditempuhi dan banyak suka duka dalam mengharungi kehidupan dengan melakukan dua tiga kerja dalam satu masa.Walau bagaimanapun ia bukanlah sesuatu perkara yang pelik dan ia menjadi satu budaya apabila tinggal di bandar-bandar besar terutama di Lembah Klang ini. Dalam senarai pekerjaan separuh masa yang pernah dilakukan, pekerjaan sebagai pedagang mata wang asing dalam talian atau pun lebih popular dikenali sebagai 'Forex Trader' yang agak mencabar dan memberi pulangan yang agak lumayan. walau bagaimanapun dengan pelbagai isu yang berlaku, maka saya harus mencari alternatif untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih bermakna lagi. Oleh itu, salah satu usaha yang sedang dilakukan ialah menempatkan diri dalam Zon Planet Penulisan. Semoga usaha ini diberkati dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Semoga kita berjumpa lagi dalam pos seterusnya tentang mengenali diri kita yang sebenarnya dan syarat-syarat yang wajib saya lakukan jika ingin menjadi penulis.

Wassalam!


Thursday, December 27, 2007

PINDAH RUMAH...

SEMPENA TAHUN BARU 2008 YANG BAKAL MENJELMA....MAKA UNTUK LEBIH UMMPHH...PINDAH KE RUMAH BARU KE :

http://www.freewebs.com/onerich

Wednesday, December 26, 2007

GBPUSD Intraday


Nampaknya situasi market GU masih lagi bertahan untuk LONG.Kalau betul kiraan peribadi saya di atas maka, market akan naik seketika untuk wave 4 dan kemudian turun untuk wave 5. Dan insyallah selepas itu market akan LONG....atas beberapa analisis.
Mungkin boleh pending order BUY di 1.9858. Atau jalan selamat tengok sejauh mana ia akan naik dan turun ( kalau betul jangkaan wave sekarang ).
Mungkin saya salah atau betul.....kalau ada profit SELL sekarang..bolehlah siap sedia untuk tutup..atau mau tunggu lagi terpulang...
MARKET IS NOWHERE!!!

Saturday, December 22, 2007

GBPUSD ( Lakaran 22 Dec 2007 )


Ini hanyalah kiraan semata-mata dan jangkaan peribadi,sememangnya tiada siapa dapat menduga dengan tepat ke mana arah market selepas ini. Bagi OP di NTD sepatutnya menunggu 1st Fractal Breakout dan Chaos Trading di Wiseman 1. Dan selain daripada itu terpulang pada cara atau teknik trading masing-masing.Yang penting kita percaya system trade kita...sudah memadai.

Mungkin kiraan label M30 ini silap atau sebaliknya.Jadi, sama-sama nantikan sama ada untuk ambil LONG atau SHORT. Pada hemah diri yang masih belajar dan terus belajar...GU dalam posisi untuk LONG. Dan untuk jalan selamat.....tunggu....trading is waiting........sehingga anda yakin ke mana arah seterusnya...biarlah market berjalan ke mana arah dia suka...
..........................siapa kita untuk menghalangnya....

Friday, December 21, 2007

Intraday GBPUSD 21 Disember 2007


Kalau ngan kiraan nih maka wave v masihdicari dan akan down sikit saja lagi....dinasihatkan pada diri sendiri dan rakan2 tutup segala short....ntahlah kalau nak turun 100 pips lagi....
MARKET IS NO WHERE..
tapi kalau ikut conggakannya...memang sudah dipenghujung nyawa wave v atau C.
salam aidil adha..

Thursday, December 20, 2007

Intraday GBPUSD 20 Dec 2007


TERKINI DI TF H1.....
Nampaknya downtrend masih kuat untuk melengkapkan wave 5
Selepas itu insyallah akan menukar arah untuk naik mencari wave seterusnya a.

GBPUSD 20 Disember 2007


Pergerakan semalam seperti dijangka bergerak menuju dalam wave v...
Pergerakan sekarang dalam wave A.
Kemungkinan berlaku dalam 3 atau 5 subwave..oleh itu kita berhati-hati.
Apatah lagi market akan tutup sempena Hari Krismas.
( TF H1 )

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.....

Tuesday, December 18, 2007

GBPUSD TF H4


Kalau ikut perkiraan peribadi, sedang untuk selesaikan wave iv.
18hb Dec 2007 ( dari tengahari sampai petang agak tidak sesuai untuk masuk post ).
Market masih sideway........


Sunday, December 16, 2007

TRADE IKUT TREND!..PERCAYA LERR..


Trade ikut Trend..macam mana?Mana mula dan mana tamatnya trend?
Dalam New Trading Dimensions mengajar kita trade ikut trend. Dan penggunaan trendline adalah salah satu cara untuk kita mengenal trend ( walau apa time frame sekali pun ).
Chaos Trading adalah salah satu cara paling berkesan untuk lebih profit, tambahan kalau kita gunakan kaedah Reverse Pyramid. Walau bagaimanapun ia Anti Trend dan memerlukan kemahiran untuk kenal betul-betul Wiseman 1, kalau tak....floating yang menanti.

Jadi, trade dengan selamat dan konsisten dengan ikut TREND Market.

Sunday, December 9, 2007

BELAJAR JANGKAAN PERGERAKAN GBP USD MINGGU DEPAN START 10 DEC


Ini hanyalah perkiraan semata-mata.........TF H4
start 10/12/2007 - bila????

Saturday, December 8, 2007

AWAS!!!....PERKARA YANG PERLU/WAJIB KETAHUI SEBAGAI SEORANG TRADER

Ini hanyalah share pengalaman dan sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan dan difahami oleh saya sebagai amatur trader.Kalau ada tambahan, bolehlah bagitau saya semula.

1- Memahami sepenuhnya sistem trade yang kita gunakan/pelajari.
( Pernah terbaca apa yang Bill William tulis, kalau kita loss atau tak konsisten dalam
trading kita, kita tidak wajar menyalahkan sistem trade kita atau kita terus bertukar
kepada sistem yang lain/baru pula.Kita harus selongkar apa masalah kita sebenarnya
dengan sistem tersebut...mungkin kita salah pemahaman atau kurang mahir atau pun
kita tidak ikut sepenuhnya rules dia- kalau sering tukar sistem,lama2 kita pun asyik
belajar sistem sahaja...profit bila lagi??? ).

2- Menukar segala atau semua tabiat lama,perasaan atau secara psikologinya kepada
sistem yang baru kita gunakan. Mind set kita kena tukarlaaa....

3- Membuat keputusan sama ada untuk menggunakan cara/kaedah/stail mana trade kita.
Dan yang penting ia perlu bersesuaian dengan diri seseorang trader.
Contoh : Scalping / Intraday / Swing

4- Sesuaikan pula cara trade kita dengan stail yang kita putuskan untuk digunakan.
Maksudnya,kalau trade secara scalping..janganlah pulak bergantung pada TFH4 atau
TFH1 untuk buka dan tutup pos.

5- Perkara yang penting kita ketahui juga ialah walau apa cara sekali pun kaedah yang kita
kita gunakan untuk trade,kita hanya melihat MARKET yang sama sahaja. Cuma dalam
bentuk atau cara berlainan seperti kita melihat market menggunakan NTD, Chaos atau
kita menggunakan trendline atau fibo sahaja.So perpektif kita berbeza sedangkan
subjek kita sama sahaja...market.

6- Walau banyak mana kursus atau ebook yang kita pelajari, kalau DISIPLIN untuk trade
kita tak ikut...maka resultnya tetap SAMA....huhuhu..ni berat sikit.

7- Jangan panik dengan situasi silap masuk atau trend bertukar dan sebagainya...
CUT LOSS sebelum ia lebih parah...macam saya dulu pun TAKUT BAR HIJAU, BERANI
DENGAN BAR MERAH....hhhhehehh

8- Kikiskan sikap tamak dan kurang sabar: Sabar nih yang agak sukar jugak..contoh
apabila kita melhat market sideway atau alligator tidur.kita masih nak trade.Tiba2
masuk market....hmmm bagi duit kat broker saja...

9- Kita sudah belajar , kita juga sudah praktis,kita juga sudah tanya sana sini....tapi kenapa
tak konsisten...( mcm diri ini! )..hmmmm...perkara yang kita alpa ialah MATLAMAT.
Kita trade hari2 tapi tiada arah tujuan..macam amik kunci kereta tapi pi buka pintu
pagar..mana boleh masuk...hehhhh..so sama dengan trade kita perlu ada hala tuju
atau matlamat yang kita tetapkan..bukan main lebih kurang atau agak2 saja....
Contoh : USD200/minggu....so cuba dapatkan ia...atau pun letak satu matlamat utama
yang agak jauh sikit macam setahun akan dapat sekian2...

10- Setiap info yang kita perolehi daripada orang lain sedikit sebanyak akan mengganggu
kiraan kita, jadi kita perlu kaji terlebih dahulu dan tetapkan pendirian kita untuk buat
keputusan...contoh : kita dah Long....dapat YM suruh Short....macam mana??

11- Modal kita juga berkait rapat dengan target kita..biarlah realistik..dan boleh dicapai.

12- Buatlah Jurnal Trading untukmelhat prestasi semasa kita.

INI SAHAJA YANG MAMPU DIKONGSI BUAT MASA INI..KALAU SALAH DAN SILAP FAHAM..MOGA DIBERI TEGURAN MEMBINA.


Thursday, December 6, 2007

KIRAAN WAVE SEORANG AMATUR


Ni adalah kiraan seorang amatur trader....
GBPUSD

Thursday, November 29, 2007

KEHEBATAN TRADE DENGAN CHAOS TRADING


Ini adalah contoh Back Test semula daripada penggunaan Chaos Trading.
Ini adalah jumlah pips maksima yang dicapai jika kita mengikuti sepenuhnya sistem ini.
Saya dalam proses menggunakannya untuk trading yang akan datang, walau bagaimanapun saya ada juga membuat live trading sistem ini, tapi bro taklah capai 2000 pips tuh..jangan terperanjat..saya cuma trade dengan Wiseman 1 dan 2 sahaja. Dan memerhati pergerakan market untuk melihat sendiri kehebatannya yang dikatakan boleh mencapai Triple Account.
Insyallah dalam trade yang akan datang Chaos Trading serta peraturannya menjadi PILIHAN UTAMA saya dalam setiap entry dan exit MARKET.

ANALISA :

WISEMAN 1 = 220 PIPS
WISEMAN 2 = 5 LOT X 188 = 940 PIPS
WISEMAN 3(i) = 4 LOT X 129 = 516 PIPS
WISEMAN 3(ii) = 3 LOT X 109 = 327 PIPS
WISEMAN 3(iii) = 2 LOT X 103 = 206 PIPS

KESELURUHAN = 2209 PIPS

MAKLUMAN : BANYAK LAGI SISTEM TRADE YANG HEBAT,CUMA INI ADALAH SALAH SATUNYA YANG SAYA BELAJAR DAN PRAKTIKKAN DALAM TRADE.OLEH ITU JIKA ANDA MEMILIKI SISTEM YANG MEMBERI PROFIT APA KATA KITA SHARE BERSAMA..TIADA RUGI WALAU SESEN PUN KALAU KITA BERSATU HATI DAN SAMA-SAMA BERJAYA DALAM DUNIA FOREX INI.TUJUAN KITA ADALAH MEMILIKI SEBAHAGIAN DARIPADA BERAPA TRILLION SEHARI DI PASARAN FOREX..

Jutaan Tq Terima Kasih kepada sifu papawave n sifu FooART n Rakan2 FX Etrader


Saturday, November 24, 2007

PRAKTIS LIVE TRADING GBPUSD

Ini adalah contoh LIVE TRADING kawe pada 23 November 2007.Alhamdulillah ada laaa profit pada sesi ini, walau bagaimanapun masih memerlukan banyak latihan lagi.
System Trading yang digunakan ialah New Trading Dimensions+Trendline+Fibo+IBFX PRS

http://www.mediafire.com/?dvwjabhyjbz

Tuesday, November 20, 2007

BUAYA TIDUR LAGI....BELUM BOLEH TRADE


Mengikut perkiraan daripada Penyu Emas ini,maka situasi sekarang pagi 20 Nov ini masih dalam keadaan bertenang dan menunggu masa yang sesuai untuk kutip pips.

Saturday, November 17, 2007

GBP USD ( 19 NOV ) - SEKADAR LATIHAN EW


Ini adalah latihan semasa saya untuk market GBPUSD terkini.
Ini Gabungan EW + Fibo
Sama ada ia menepati pergerakan pasaran atau tidak nanti, itu bukan persoalannya.
Tapi ia merupakan latihan untuk kenalpasti pergerakan pasaran dan menjadi panduan semata-mata.

Wednesday, November 14, 2007

GBP USD Onerich FX 14 Nov 2007


Ini adalah latihan yang saya buat dan dibantu rakan sejawat fooart76, ini adalah carta panduan trading pair GBP/USD pada 14 Nov 2007 dan sekiranya tidak menepati kehendak dan citarasa tuan/puan..mohon maaf lahh.
Baru belajar Elliot Wave + New Trading Dimensions

Thursday, November 1, 2007

GAMBAR KENANGAN SEMINAR BERSAMA SOROS1


Gambar Kenangan Semasa Seminar Pada 27 Oktober 2007
Sebahagian Trader Soros1Forex Yang Bakal Jutawan Forex..Amiiin!
TQ..Papawave dengan segala tunjuk ajar yang diberi.....
TQ Sukriazhari atas gambar-gambar ini...demo hebat!

Tuesday, October 30, 2007

CONTOH TRADE DENGAN PENYU EMAS SOROS1


Ini adalah contoh penggunaan Sistem Penyu Emas Soros1 apabila menyertai
komuniti Soros1Forex.

Elliot Wave + New Trading Dimensions
" sesuatu yang berbeza memang berbeza "

Effective Date of Amendments to NFA Financial Requirements Section 11 and the Interpretive Notice Entitled "Forex Transactions"

Effective Date of Amendments to NFA Financial Requirements Section 11 and the Interpretive Notice Entitled "Forex Transactions"

NFA has received notice that the Commodity Futures Trading Commission has approved changes to NFA Financial Requirements Section 11 and the Interpretive Notice entitled "Forex Transactions." The amendments increase the minimum net capital requirement for Forex Dealer Members (FDMs) to $5,000,000. They also eliminate the concentration charge and replace it with restrictions on the types of firms with which an FDM may maintain assets and cover its exposure for purposes of CFTC Regulation 1.17. These changes will become effective on December 21, 2007.

A Forex Dealer Member must have $5 million in adjusted net capital as of December 21, 2007. This increase also raises to $10 million the amount of capital required for a security deposit exemption under NFA Financial Requirements Section 12(b). Since this is a significant change to the qualifications for the exemption, Members that are currently operating under Section 12(b) should notify NFA's Compliance Department whether they intend to continue using the exemption.



As noted above, the changes eliminate the concentration charge and replace it with restrictions on the types of firms with which an FDM may maintain assets and cover its exposure for purposes of CFTC Regulation 1.17. In particular, an FDM may not include assets held by an unregulated person or an affiliate in its current assets for purposes of determining its adjusted net capital, and it may not use positions entered into with an unregulated person or an affiliate to cover its exposure for purposes of avoiding the haircuts imposed by CFTC Regulation 1.17. In general, a firm is unregulated unless it is a U.S. bank; a FINRA-member broker-dealer; an NFA-Member FCM; a state regulated insurance company; or a bank, broker-dealer, FCM, or insurance company regulated in certain foreign jurisdictions. NFA can, however, grant exemptions authorizing the use of unregulated entities or of particular affiliates.


source : http://www.nfa.futures.org/news/newsNotice.asp?ArticleID=1973

Sunday, October 28, 2007

KELAS ELLIOT WAVE SOROS1 27 OKTOBER 2007


Kelas Elliot Wave Soros1 27 Oktober 2007
De Palma Ampang

TQ Papawave...semoga senantiasa berada di bawah kerahmatan Ilahi..

Friday, October 26, 2007

TAHNIAH & TUMPANG GEMBIRA...


Tumpang gembira atas kejayaan EZUSD yang menggunakan Teknik Yang Di Ajar dalam Seminar Soros1Forex.Saya pun rasa teruja dan insyallah akan ikut jejak kejayaannya.
Dalam masa 17 hari tuhhhhh....tabik spriiingggg!!!

Thursday, October 25, 2007

SEMINAR ELLIOT WAVE SOROS1FOREX


KELAS UNTUK 27 OKTOBER 2007 SUDAH PENUH
INSYALLAH BRO SSUFIAN AKAN ANJURKAN SATU LAGI SEMINAR PADA BULAN NOVEMBER 2007 INI..INSYALLAH!
DAN KALAU RASA TAK SABAR-SABAR ATAU TARIKH YANG SESUAI DENGAN KELAPANGAN ANDA..SILA RUJUK http://www.soros1forex.com UNTUK MENYERTAI MANA-MANA KELAS YANG DIANJURKAN OLEH KELUARGA SOROS1.

ADA YANG BERMINAT BOLEH YM SAYA..TQ

Sunday, October 21, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Selamat Hari Raya Aidil Fitri diucapkan buat semua yang membelek,menengok dan membaca blog ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas kita semua dibulan yang mulia ini.Dan sama-sama menambah ilmu pengetahuan untuk lebih maju lagi terutamanya dalam biz FOREX ini.

Dan jangan lupa bertandang ke rumah keluarga,sanak saudara,jiran dan juga rakan taulan.Semoga raya tahun ini akan lebih meriah dan ikatan persaudaraan dan persahabatan akan terus terjalin dan seterusnya akan mewujudkan suasana yang ceria dan penuh muhibbah.

Dan jangan juga lupa untuk bersyukur ke hadarat Ilhahi di atas segala nikmat dan rahmatNya. Semoga kita terus dilimpahi kerahmatan dariNya.

URUSNIAGA DIKURANGKAN / REHAT

Urusniaga bermula awal Oktober dikurangkan dan menjelang Hari Raya Aidil Fitri segala urusniaga direhatkan buat sementara waktu.Walau bagaimanapun urusniaga akan diaktifkan sepenuhnya selepas menghadiri Kursus EW pada 27 Oktober 2007 nanti bersama Sifu Soros1.

Sunday, September 30, 2007

MINGGU 4 ( 24-28 SEPT 2007 )

Pencapaian minggu ini kalau berdasarkan graf di sebelah maka, ia agak kurang memberangsangkan.Sememangnya dalam apa jua perniagaan atau pelaburan saham ia ada pasang dan surutnya.Dan itu yang saya belajar setelah 2 bulan lebih berkecimpung dalam urus niaga FOREX ini.

Beberapa KELEMAHAN yang telah dikenalpasti pada minggu ini dan menyebabkan tewas dalam beberapa posisi urus niaga ialah :
  • Cepat PANIK dengan Floating.
  • Ambil posisi yang berlawanan TREND
  • Keadaan Trend yang tidak dijangka walaupun indikator menunjukkan trend yang biasa berlaku.
  • Buka posisi dengan terburu-buru
  • Kesilapan Money Management.
  • Tidak membuat analisa fibonacci semasa mengambil posisi.
  • Emosi agak terganggu pada urus niaga minggu ini.
  • Gangguan hubungan internet.
Oleh itu, sebagai panduan diri sendiri dan rakan-rakan agar kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dan tidak akan diulangi lagi.Walau bagaimanapun sebagai muslim,kita wajib berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt,sesungguhnya kita hanya mampu menjadi perancang yang baik,tetapi yang lebih baik dan berkuasa lagi adalah ALLAH SWT.Segala rezeki DIA beri dan ambil pada bila-bila masa sahaja. Cuma tugas kita berusaha, terus belajar, tekun, jangan putus asa dan berdoa kepada-Nya semoga kita akan berjaya dalam bidang FOREX ini.

KEPUTUSAN URUS NIAGA MINGGU INI:

JUMLAH URUS NIAGA : 16
JUMLAH WIN : 10
JUMLAH LOSS : 6

KELAS ELLIOT WAVE

Kelas EW ini dijadualkan akan diadakan pada 27 Oktober 2007 di De Palma Hotel Ampang.Kepada yang berminat boleh menghubungi saya.Untuk makluman,kami masih memerlukan rakan kursus dalam 4-5 orang lagi.Kelas ini akan dikendalikan oleh pelopor EW di Malaysia.Jadi Insyallah...setelah saya dan anda menyertai kursus ini,akan dapat memberi keyakinan dan pengetahuan yang lebih lagi dalam urus niaga FOREX.


Monday, September 24, 2007

PENGURUSAN DIRI "TRADER"

Kisah oleh Zig Ziglar.
Ada sebuah kisah seekor kuda lumba hebat yang bernilai 5 juta dolar.Jika anda ditanya " Jika anda memiliki seekor kuda yang sehebat itu,adakah anda akan:"

  • Memberikanya secawan kopi dan teh sebagai permulaan harinya?
  • Memberikannya makan segera yang penuh dengan gula?
  • Menguncinya di dalam bangsal, dengan hanya sebuah televisyen sebagai teman?
  • Tidak membernarkan ia bersenam?
  • Membenarkanya minum minuman berkarbonat?
  • Membenarkannya menghisap rokok untuk menenangkan diri?
Bagi saya, perkara-perkara sedemikian tidak patut dilakukan walaupun terhadap seekor kucing atau anjing yang bernilai RM50, apa lagi terhadap seekor kuda juara!

Tetapi mengapa ramai pedagang masih menjejaskan prestasi mereka dengan aktiviti-aktiviti dan objek-objek negatif yang disebut di atas?

Salah satu sebabnya ialah TEKANAN....

Dagangan ini boleh menyebabkan tekanan,khususnya kepada mereka yang tidak memiliki:
  • Disiplin
  • Sebuah Pelan Dagangan
  • TahapKesihatan Yang Baik
Saya rasa semua orang bersetuju bahawa badan kita sendiri merupakan modal yang terpenting.
Bukankah kesihatan itu merupakan KEKAYAAN?

Kita harus bertindak sebagai penjaga kepada seekor kuda lumba juara,dan memastikan ia sentiasa sihat supaya ia boleh memenangi setiap perlumbaan.Kita harus bersenam dengan kerap,dan mengelakkan daripada kegiatan merbahaya seperti menghisap rokok serta pengambilan minuman berkarbonat,beralkohol dan berkafein yang keterlaluan.

Apabila anda berdagang, jangan lupa bahawa anda sedang berdagang menentang pihak profesional.Ramai di antara mereka berada di dalam keadaan fizikal dan mental yang sempurna.Untuk bertempur dengan mereka,anda juga harus berada di dalam keadaan yang sama.

" Badan yang dijaga rapi adalah seperti juga sebuah enjin yang dijaga rapi-ia boleh merintangi cabaran yang lebih dahsyat jika ia berada di adalam keadaan yang baik"
- Dr Van Tharp,Trading Psychologist

Menurut Dr Van Tharp,persediaan untuk bertempur boleh diperbaiki dengan meletakkan fokus pada empat kawasan pengurangan TEKANAN;
  • KESIHATAN DAN PEMAKANAN
  • SENAMAN
  • REKREASI
  • KETENANGAN MENTAL
Semoga kita semua mendapat manafaat dan lebih baik daripada semalam...insyallah!

Saturday, September 22, 2007

MINGGU KE 3 ( 17-21 SEPT 2007 )

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang memberi segala nikmat dan rezeki serta dapat menjalani ibadah puasa.Pada minggu ini masih berada dilandasan yang betul seperti minggu lepas walaupun kutipan pips minggu ini berkurangan.

Di antara sebab utama jumlah kutipan berkurangan adalah tindakan membuka urus niaga dengan lebih berhati-hati dan urus niaga pada minggu ini tidak dibuat pada hari isnin(17 Sept 2007) kerana keadaan pergerakan pasaran yang agak perlahan dan tidak yakin untuk membuka sebarang posisi.

Pada minggu ini sudah boleh sesuaikan diri dangan ' Trading System ' yang baru dan dapat mendisiplinkan diri berdasarkan ketetapan yang telah dibuat sebelum ini.Pengalaman lepas banyak membantu terutama dengan menggunakan beberapa indikator dengan baik dan seterusnya membantu untuk mengutip pips walaupun suatu ketika tersilap jangkaan dalam membuka posisi dan menyebabkan loss.

Kelemahan yang masih ketara ialah perasaan tidak yakin apabila 'close'kan urus niaga sedangkan ia masih boleh memberi lebih banyak kutipan pips dan perlu diberi perhatian untuk masa akan datang.

Keputusan urus niaga minggu ini ialah :

Jumlah Trade : 19
Jumlah Win : 18
Jumlah Loss : 1

Jumlah pips win : 119
Jumlah pips loss : 39

Saya juga memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa saya masih mencari rakan belajar TEKNIK ELLIOT WAVE dengan salah seorang Guru yang dikatakan HEBAT dalam mempelopori teknik ini.Syarat yang dikemukakan untuk mencari 10 rakan trader untuk diadakan kelas tersebut dan dijangka selepas sambutan hari raya aidil fitri nanti.Setakat ini kami masih memerlukan 8 trader lagi untuk menguasai teknik ini dan seterusnya membantu untuk mengutip pips dan melihat pergerakan trend masrket dengan lebih baik lagi.

Friday, September 21, 2007

INDIKATOR & SISTEM TRADING PERCUMA

Dalam senarai saya mempunyai lebih 500 indikator dan sistem trade Indonesia Merdeka.Jika anda berminat untuk memilikinya secara percuma sahaja,boleh berikan email atau YM anda.

Antara Indikator Yang Biasa Saya Gunakan :
  1. Isakas
  2. Break Out Eagle ( prestasi cemerlang kerana telah menyumbangkan antara 5 - 26 pips ).
  3. Flat Trend ( posisi Long @ Short )
  4. EJ Candle Time
  5. Rainbow OSMA
  6. EW
  7. ZigZag
  8. FX Snipers Ergodic
  9. Auto Pivot
  10. Ang_AutoCH_HLK v1
Lain-Lain Seperti :
  1. Vegas
  2. Fibocalc_V31
  3. Linear Regression Line2
  4. dan lain-lain lagi permintaan (Jika ada dalam simpanan )
Yang Penting kita tahu untuk menggunakannya dan memberi sumbangan pips untuk kita.

Terima Kasih

Wednesday, September 19, 2007

Successful FOREX

Every day more and more people from all walks of life are discovering how rewarding a career online currency trading can provide.

Successful FOREX traders have a lifestyle most people can only dream about.

Most importantly FOREX can give you...

FREEDOM

Freedom to do what you want, go where you want and be who you want.

BUT...

Online currency trading is not easy.

In fact most people lose money trading FOREX. Why?

Most people do not treat online currency trading as a business but rather as a game of chance.

They "roll the dice" and hope for the best.

Here is your first FOREX lesson.

There are only TWO types of traders.

1. Traders that are uneducated as to how the markets work
2. Traders that are educated as to how the markets work.

Every trading day the EDUCATED traders continuously TAKE funds from the UNEDUCATED traders.

So what is the first lesson on how to become a successful online currency trader?

Educate Yourself!


Education + Patience + Persistence = SUCCESS in FOREX


90% of most traders FAIL!

only 10% succeed!

Petikan : Forum Nogold (Sugarush)..TQ

Saturday, September 15, 2007

Minggu Ke 2 ( 10-14 sept ):Minggu Buat Profit

Alhamdulillah..setelah minggu lepas agak kurang memberangsangkan,pada minggu ke 2 ini,dapat bangkit semula dan membuat profit dan seterusnya dapat menampung semula kerugian minggu lepas.Apa yang dapat dikongsikan bersama adalah kita tidak perlu sayang-menyayang floating yang ada dalam akaun trading kita.Mulalah hari baru dengan akaun yang baru tanpa FLOATING.

FLOATING boleh diibaratkan sebagai kanser yang boleh menghancurkan akaun kita sedikit demi sedikit.Ia bukan suatu imaginasi,tetapi berapa ramai trader yang terpaksa menangung kerugian dan menyebabkan margin call kerana sayang floating yang asalnya bermula 40-50 pips.Tetapi dengan mengharapkan market mengikut kehendak kita, menyebabkan ia bertambah pada keesokan hari atau 2-3 hari kemudiannya.

Demikianlah pengalaman pada minggu lepas yang terpaksa cut loss dan menyebabkan modal susut dalam beberapa ratus USD.Tetapi alhamdulillah..pada minggu ke 2 dapat bangkit semula dan seterusnya membuat profit bertambah lagi.Secara umumnya pada minggu ke 2 ini :
  • Jumlah Trade : 18
  • Jumlah Win : 17
  • Jumlah Loss : 1
  • Jumlah Pips Win : 141
  • Jumlah Pips Loss : -8
Pada minggu ke 2 ini dapat trade dengan lebih meyakinkan setelah pengalaman minggu 1 dulu banyak memberi pengajaran. Dan tidak lupa terima kasih atas tunjuk ajar sifu fooart dalam membuka pos dan trend market.

Kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah :
  1. Mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang Trend Market, Teknik Fibo dan Sistem WSS.
  2. Membuka pos dengan lebih tepat waktunya berdasarkan kekuatan pergerakan market.
Kepada rakan-rakan di luar sana, semoga dapat trade dengan lebih berjaya dan insyallah kita dapat kongsi bersama apa saja mengenai dunia ForeX.Sesungguhnya tiada satu pun kerugian yang kita tanggung jika kita sama-sama berjaya dalam bidang ini.Malah dari segi emosi dan psikloginya pun kita akan lebih bersemangat dan lebih yakin untuk berada dalam bidang ini untuk tempoh yang lebih lama.

Terima Kasih..selamat berpuasa dan berbuka dengan seadanya.....Wassalammmm!!!!

Thursday, September 13, 2007

Hari Penuh Emosi 13 Sept 2007

Sememangnya hari ini tidak sama seperti semalam, suasana trading yang hanya berlegar di zon SELL sahaja. Dan sukar untuk menembusi point 76.4 (Fibo).Satu ketika floating mencecah USD212. Dan tunggu punya tunggu punya tunggu tanpa ambil apa-apa posisi lagi ( ada lerr 8 jam, tapi taklah mengadap menda nih 8 jam ), akhirnya Cut Loss terpaksa dibuat setelah floating -USD32.Walau bagaimanapun keputusan trading hari ini berbaki profit 2 pips sahaja.Alhamdulillah!

Sesungguhnya, bisnes ini bukan semudah yang disangkakan, hanya teknikal sahaja tidak mencukupi.Kekuatan mental dan juga emosi amatlah diperlukan.Walau apa pun, pengalaman banyak mengajar kita tentang apa jua keputusan atau tindakan yang diambil.Kita tidak perlu sesal apa-apa, walau apa jua keputusannya.Kerana mungkin ketika itu,ia dirasakan terbaik untuk tradimg kita.Biasa berlaku bila kita cut loss, tak sampai 5 minit harga naik atau sebaliknya dan menyebabkan kita rugi profit atau loss.

Cara yang terbaik, setelah selesai dan dirasakan ingin menutup urus niaga pada hari tersebut, tutup terus laptop atau pc anda.Begitu lah....adanya...kehidupan seorang trader sambilan atau sepenuh masa.

FADHILAT RAMADHAN

Hadith 1

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

SYUKUR! REZEKI 2 HARI LEPAS.

Alhamdulillah!Dipanjatkan kesyukuran kepada-Nya setelah minggu lepas agak kurang memberangsangkan. Dan setelah di semak semula dan dikenal pasti masalah yang berlaku,maka bermula 10 sept - 12 sept situasi jelas berbeza dengan kutipan pips mencecah 113 pips.Pada saya ia satu kejayaan cemerlang,mungkin ia jumlah yang biasa bagi sesetengah trader yang berpengalaman. Tapi alhamdulillah, dengan bantuan penggunaan WSS serta sokongan khidmat nasihat Sifu Fooart dapat juga mengutip pips dan berurus niaga dengan lebih terurus.

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN BUAT SEMUA

Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT kita masih lagi berada di bulan yang penuh keberkatan ini.Dan sesungguhnya bulan ini mengajar kita tentang kekuatan fizikal dan mental.Dan diucapkan Selamat Berpuasa dan menjalani ibadahnya dengan penuh keimanan dan ubah la yang mana patut segala tingkah laku atau perbuatan atau sebagainya yang kurang menyenangkan.

Begitu juga trend market EU pada minggu ini terus up tanpa menoleh kebelakang lagi dan menyebabkan sesetengah rakan yang mempunyai floating SELL terpaksa menanggung kerugian kerana Cut Loss.

Market GBP/USD agak lebih menarik yang berlaku uptrend dan downtrend yang begitu besar dan ketara dan mudah untuk dibuat jangkaan tetapi ia perlu ditanggani dengan penuh berhati-hati agar tidak terperangkap dengan pasaran semasa.

Oleh itu juga membuat saya beralih angin dari pair EU kepada GU.Kepada rakan-rakan yang rata-rata di pair EU boleh mencuba di GU di akaun demo terlebih dahulu.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada sifu Fooart yang banyak membantu mengenali dunia Forex dan juga mengutip pips harian yang lumayan.Semoga Allah merahmati kehidupan anda sekeluarga dan bertambah rezeki.Kalau anda berminat untuk menjadi anak didik beliau, silakan email atau ym kepada saya.Banyak tips dan teknik yang wajar dan wajib diketahui.Insyallah mampu mengutip pips dengan lumayan.

Wassalam, selamat menjalani ibadah puasa...berbuka dan bersahur dengan sederhana...jangan lupa solat terawih....amiinnn

Wednesday, September 12, 2007

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN RAKAN TRADER

  • Setiap kali membuka urus niaga,pastikan lot yang berpatutan dengan modal semasa.
  • BELI ketika market di aras bawah dan JUAL ketika berada pada harga atas. Pastikan kita melihat betul-betul trend semasa sebelum membuka apa-apa urus niaga.Tapi selalu berlaku kepada mana-mana trader amatur termasuk diri sendiri,kadang-kadang tersalah jangkaan.
  • Buka pos setelah melakukan analisa sendiri.
  • Stop Loss jangan lupa dalam setiap urus niaga bagi melindungi :
- Modal/Trading Account
- Keuntungan yang telah diperolehi.

- Bahagian penting dalam Money Management.
  • Contoh Carta Posisi BUY dan SELL







Tuesday, September 11, 2007

NASIB (REZEKI) MANUSIA TIDAK SAMA

Hakikatnya hanya Allah yang memberikan rezeki kepada semua makhluk-Nya.Walaupun demikian, dalam membahagikan rezeki itu, antara yang satu dengan yang lain tidak sama, kerana sebagai tanda bahawa Allah adalah Zat yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Sehingga ada di antara kita dalam memperoleh rezeki dan kekayaan untuk kehidupan di dunia ini berlainan antara yang satu dengan lainnya, sesuai dengan kehendak Allah.Perbezaan ini juga telah dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah Az-Zukhruf ayat 32 yang bermaksud:

"Kami membahagi-bahagikan antara mereka segala keperluan hidup mereka dalam kehidupan dunia ini, (setengahnya Kami jadikan Kaya raya dan setengahnya miskin menderita); dan juga Kami telah menjadikan darjat setengah mereka tertinggi dari darjat setengahnya yang lain; ( semuanya itu) supaya sebahagian dari mereka senang mendapat kemudahan menjalankan kehidupannya dari ( bantuan ) setengahnya yang lain."

Ayat di atas menjelaskan kepada kita, bahawa rezeki dan kekayaan kita dalam kehidupan di dunia ini telah dibagi-bagikan dan ditentukan oleh Allah. Tetapi kita diperintahkan oleh Allah supaya berusaha, bekerja sambil berdoa, demi untuk meningkatkan rezeki dan kekayaan sebagai bekal ibadah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Sebagai contoh, orang sanggup membayar zakat sebagai pelaksanaan salah satu rukun Islam yang lima kalau dia memiliki harta dan kekayaan, baik sebagai pedagang yang berjaya,petani yang luas tanahnya dan banyak penghasilannya.

Ibadah ini akan dapat terwujud jika kita memiliki rezeki dan kekayaan sebagai alat untuk membayar zakat.Begitu juga orang akan sanggup melaksanakan ibadah haji kalau dia mempunyai syarat kemampuan harta yang cukup.Tegasnya kita sangat mengharapkan rezeki, makanan dan pakaian,kekayaan, yang semuanya itu sebagai penyokong atau alat untuk beramal soleh dan beribadat kepada Allah s.w.t.

Jadi, walaupun kita sudah mengetahui bahawa rezeki yang sudah dibahagi-bahagikan Allah itu tidak sama antara satu sama lain,maka dengan pengetahuan tersebut janganlah menjadikan kita lekas berputus asa. Sebab, kita tidak tahu apakah kita termasuk orang yang dimurahkan rezeki oleh Allah atau sebaliknya.Ketidak-tahuan tentang itu sepatutnya mendorong kita untuk lebih rajin berusaha mencari rezeki.

11 September 2007

Salam..alhamdulillah semalam dapat win untuk 5 kali trade.EU dan GU nampaknya hari ini dalam keadaan downtrend ( 9.00 am ).So sapa2 ada floating buy,harus hati-hati dijalan raya.EU buat masa ini (9.23am) nampaknya dalam zon neutral lagi,masih jauh untuk zon SELL 1.3774.Walau bagaimanapun EU buat masa ini downtrend strong sehingga dijangka tamat ZON SELL pada harga 1.3754. Walau bagaimana pun Warning Area Oversold Level pada harga 1.3739.

GU dikatakan masih dalam posisi buy..walaupun sekarang dalam keadaan downtrend.Mengikut perkiraan ramalan cuaca down boleh mencecah pada harga 2.0248.

Dan berita baik untuk rakan-rakan forex,jika anda berminat untuk memiliki Trading System Indonesia Merdeka sila email kepada saya dengan kadar segera.Ia adalah sistem untuk memberi panduan untuk kita buka post dan juga target profit.Insyallah ia boleh membantu kita untuk trade.Dan ini semuanya adalah FREE OF CHARGE!

TQ...semoga ada rakan2 diluar sana boleh membantu saya untuk info trade semasa.

Monday, September 10, 2007

Ramalan Cuaca 10 September 2007

Berdasarkan ramalan semasa....market EU akan terus uptrend.Kemungkinan akan break pada 1.3768 dan akan terus up ke target pertama 1.3791.Walau bagaimanapun, untuk keselamatan diri,guna kaedah scalping apabila mencapai 4-5 pips, sila closedkan.Tetapi target point Reversal Prediction High pada harga 1.3837.Dijangka market tidak akan mencecah daily pivot.

Saturday, September 8, 2007

Laporan Minggu 1 (September)

Keputusan Trading Minggu 1 September 2007 ( 3-7 Sept ) :

Jumlah Trade : 24
Win : 16
Loss : 8


Keseluruhan Trading Minggu Ini agak mengecewakan dan dapat disimpulkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
  1. Teknik Bonus telah memberi profit pada 3 - 5 September 2007 walau bagaimanapun gagal close pada 6 September 2007.
  2. Kaedah membuka trade dengan Pending Order.
  3. Loss banyak ketika berlaku Pra NFP pada 5 Sept 2007.
Kelemahan yang perlu diatasi :
  1. Membuka trade dengan agak kurang bersedia dan belum melihat keseluruhan trend market.
  2. Belum mahir menggunakan WSS yang mula digunakan pada 6 sept 2007.
  3. Masih membuka trade market apabila sudah mencapai target dan menyebabkan loss pada malam 7 Sept 2007.
  4. Kurang mesra lagi dengan market GU yang mula diurus niagakan pada minggu ini.
Perhatian Untuk Minggu Depan:
  • Jangan sesekali membuka/melihat graf market apabila sedah mencapai target.Tutup terus dan buatlah urusan lain.
  • Perbanyakkan lagi belajar sistem WSS untuk trade.
  • Apabila Floating jangan cepat Cut Loss kerana kemungkinan besar ia kembali ke posisi semula.

PLANNING & PSIKOLOGI TRADING

Trading Forex adalah suatu bisnes.Dan ia juga memerlukan Planning (Perancangan )yang akan memastikan kejayaan dalam satu-satu urus niaga.Yang membezakan trader sukses dan kalah adalah trader sukses memiliki Planning Trading.

Planning yang dicadangkan :
  • Tentukan Time Frame ( Skala Waktu )
  • Tentukan indikator untukmennetukan trend.
  • Tentukan indikator lain sebagai pengesahan trend.
  • Tentukan batasan risiko yang kita mampu tanggung dalam setiap trading.
  • Tentukan masa sesuai untuk 'trade'.
  • Tentukan peraturan tradimg sendiri dan patuhinya.
  • Kendalikan emosi walau apa pun terjadi
  • Displin diri.
  • Tentukan target kita.
  • Buatlah Jurnal Trading atau Laporan Urus Niaga untuk melihat semula hasil trading kita.
Psikologi Trading
  1. Kesabaran: Sabar menunggu masa yang tepat dalam entry order.
  2. Percaya dengan Trend: Percaya dengan indikator atau sistem yang digunakan.Jangan ambil posisi yang berlawanan dengan TREND.
  3. Tenang dan Jangan Panik:JIka pergerakan tidak selari dengan planning yang sudah ditetapkan sebelum ini.Ingat, harga akan naik dan turun.Kemungkinan kembali ke posisi semula.
  4. Jangan Tamak
  5. Jangan Putus Asa.
Sama-samalah kita belajar daripada kesilapan lepas dan jadikan ia panduan buat saya dan rakan-rakan trader semua.Kita mempunyai kelemahan tetapi kita juga berhak untuk membetulkannya semula.Banyak lagi perkara yang perlu kita belajar dan terus belajar.

Saya amat menghargai sumbangan rakan-rakan trader untuk sama-sama berjaya dalam bisnes Forex ini.

Sekilas FX

PUNCA KEGAGALAN TRADER

1- Tiada Trading Plan
2- Tiada Trading System
3- Tiada Money Management
4- Kurang latihan di demo akaun.
5- Kurang skil
6- Kurang Modal
7- Buat target yang tidak realistik dengan modal semasa.
8- Kurang sabar
9- Kurang Disiplin
10- Takut Risiko Tinggi

PERCAYA ATAU TIDAK SESUNGGUHNYA .....

> Tiada satu sistem atau teknik yang sempurna.
> Tiada Trader yang tidak pernah LOSS.
> Tidak semua 'Guru" Forex sukses dalam trading mereka.
> Tidak boleh belajar Forex bersendirian sahaja..wajib ada Guru atau orang lebih mahir.
> Tidak boleh tidak amatur trader wajib terus belajar, membaca dan membuat kajian.

SETIAP TRADER WAJIB MEMILIKI TRADING PLAN DAN TRADING SYSTEM

Trading Plan

  • Target Trading
  • Pengurusan Risiko : stoploss / withdraw
  • Trading System
  • Masa Trading ( masuk trade )
  • Peraturan diri
  • Jurnal Trading / Laporan Urus Niaga
Trading System

  • Target Profit
  • Type Trading ( swing/intra day/scalping )
  • Indikator/sistem
  • Back Test ( sistem / teknik yang digunakan )
  • Disiplin Trading
Psikologi Forex

  • Tamak
  • Balas Dendam
  • Ragu-ragu / Takut
  • Feeling Strategy