Thursday, September 13, 2007

Hari Penuh Emosi 13 Sept 2007

Sememangnya hari ini tidak sama seperti semalam, suasana trading yang hanya berlegar di zon SELL sahaja. Dan sukar untuk menembusi point 76.4 (Fibo).Satu ketika floating mencecah USD212. Dan tunggu punya tunggu punya tunggu tanpa ambil apa-apa posisi lagi ( ada lerr 8 jam, tapi taklah mengadap menda nih 8 jam ), akhirnya Cut Loss terpaksa dibuat setelah floating -USD32.Walau bagaimanapun keputusan trading hari ini berbaki profit 2 pips sahaja.Alhamdulillah!

Sesungguhnya, bisnes ini bukan semudah yang disangkakan, hanya teknikal sahaja tidak mencukupi.Kekuatan mental dan juga emosi amatlah diperlukan.Walau apa pun, pengalaman banyak mengajar kita tentang apa jua keputusan atau tindakan yang diambil.Kita tidak perlu sesal apa-apa, walau apa jua keputusannya.Kerana mungkin ketika itu,ia dirasakan terbaik untuk tradimg kita.Biasa berlaku bila kita cut loss, tak sampai 5 minit harga naik atau sebaliknya dan menyebabkan kita rugi profit atau loss.

Cara yang terbaik, setelah selesai dan dirasakan ingin menutup urus niaga pada hari tersebut, tutup terus laptop atau pc anda.Begitu lah....adanya...kehidupan seorang trader sambilan atau sepenuh masa.

1 comment:

Anonymous said...

Rahasia Trading Forex Profit $1.800 hanya dalam waktu 4 MENIT - GARANSI!!!
Klik Disini : www.GapProfit.com