Sunday, September 30, 2007

MINGGU 4 ( 24-28 SEPT 2007 )

Pencapaian minggu ini kalau berdasarkan graf di sebelah maka, ia agak kurang memberangsangkan.Sememangnya dalam apa jua perniagaan atau pelaburan saham ia ada pasang dan surutnya.Dan itu yang saya belajar setelah 2 bulan lebih berkecimpung dalam urus niaga FOREX ini.

Beberapa KELEMAHAN yang telah dikenalpasti pada minggu ini dan menyebabkan tewas dalam beberapa posisi urus niaga ialah :
  • Cepat PANIK dengan Floating.
  • Ambil posisi yang berlawanan TREND
  • Keadaan Trend yang tidak dijangka walaupun indikator menunjukkan trend yang biasa berlaku.
  • Buka posisi dengan terburu-buru
  • Kesilapan Money Management.
  • Tidak membuat analisa fibonacci semasa mengambil posisi.
  • Emosi agak terganggu pada urus niaga minggu ini.
  • Gangguan hubungan internet.
Oleh itu, sebagai panduan diri sendiri dan rakan-rakan agar kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan dan tidak akan diulangi lagi.Walau bagaimanapun sebagai muslim,kita wajib berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah swt,sesungguhnya kita hanya mampu menjadi perancang yang baik,tetapi yang lebih baik dan berkuasa lagi adalah ALLAH SWT.Segala rezeki DIA beri dan ambil pada bila-bila masa sahaja. Cuma tugas kita berusaha, terus belajar, tekun, jangan putus asa dan berdoa kepada-Nya semoga kita akan berjaya dalam bidang FOREX ini.

KEPUTUSAN URUS NIAGA MINGGU INI:

JUMLAH URUS NIAGA : 16
JUMLAH WIN : 10
JUMLAH LOSS : 6

KELAS ELLIOT WAVE

Kelas EW ini dijadualkan akan diadakan pada 27 Oktober 2007 di De Palma Hotel Ampang.Kepada yang berminat boleh menghubungi saya.Untuk makluman,kami masih memerlukan rakan kursus dalam 4-5 orang lagi.Kelas ini akan dikendalikan oleh pelopor EW di Malaysia.Jadi Insyallah...setelah saya dan anda menyertai kursus ini,akan dapat memberi keyakinan dan pengetahuan yang lebih lagi dalam urus niaga FOREX.


1 comment:

Anonymous said...

Rahasia Trading Forex Profit $1.800 hanya dalam waktu 4 MENIT - GARANSI!!!
Klik Disini : www.GapProfit.com