Saturday, September 15, 2007

Minggu Ke 2 ( 10-14 sept ):Minggu Buat Profit

Alhamdulillah..setelah minggu lepas agak kurang memberangsangkan,pada minggu ke 2 ini,dapat bangkit semula dan membuat profit dan seterusnya dapat menampung semula kerugian minggu lepas.Apa yang dapat dikongsikan bersama adalah kita tidak perlu sayang-menyayang floating yang ada dalam akaun trading kita.Mulalah hari baru dengan akaun yang baru tanpa FLOATING.

FLOATING boleh diibaratkan sebagai kanser yang boleh menghancurkan akaun kita sedikit demi sedikit.Ia bukan suatu imaginasi,tetapi berapa ramai trader yang terpaksa menangung kerugian dan menyebabkan margin call kerana sayang floating yang asalnya bermula 40-50 pips.Tetapi dengan mengharapkan market mengikut kehendak kita, menyebabkan ia bertambah pada keesokan hari atau 2-3 hari kemudiannya.

Demikianlah pengalaman pada minggu lepas yang terpaksa cut loss dan menyebabkan modal susut dalam beberapa ratus USD.Tetapi alhamdulillah..pada minggu ke 2 dapat bangkit semula dan seterusnya membuat profit bertambah lagi.Secara umumnya pada minggu ke 2 ini :
  • Jumlah Trade : 18
  • Jumlah Win : 17
  • Jumlah Loss : 1
  • Jumlah Pips Win : 141
  • Jumlah Pips Loss : -8
Pada minggu ke 2 ini dapat trade dengan lebih meyakinkan setelah pengalaman minggu 1 dulu banyak memberi pengajaran. Dan tidak lupa terima kasih atas tunjuk ajar sifu fooart dalam membuka pos dan trend market.

Kelemahan yang perlu diberi perhatian ialah :
  1. Mempelajari dengan lebih mendalam lagi tentang Trend Market, Teknik Fibo dan Sistem WSS.
  2. Membuka pos dengan lebih tepat waktunya berdasarkan kekuatan pergerakan market.
Kepada rakan-rakan di luar sana, semoga dapat trade dengan lebih berjaya dan insyallah kita dapat kongsi bersama apa saja mengenai dunia ForeX.Sesungguhnya tiada satu pun kerugian yang kita tanggung jika kita sama-sama berjaya dalam bidang ini.Malah dari segi emosi dan psikloginya pun kita akan lebih bersemangat dan lebih yakin untuk berada dalam bidang ini untuk tempoh yang lebih lama.

Terima Kasih..selamat berpuasa dan berbuka dengan seadanya.....Wassalammmm!!!!

1 comment:

Anonymous said...

Rahasia Trading Forex Profit $1.800 hanya dalam waktu 4 MENIT - GARANSI!!!
Klik Disini : www.GapProfit.com