Saturday, September 22, 2007

MINGGU KE 3 ( 17-21 SEPT 2007 )

Dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang memberi segala nikmat dan rezeki serta dapat menjalani ibadah puasa.Pada minggu ini masih berada dilandasan yang betul seperti minggu lepas walaupun kutipan pips minggu ini berkurangan.

Di antara sebab utama jumlah kutipan berkurangan adalah tindakan membuka urus niaga dengan lebih berhati-hati dan urus niaga pada minggu ini tidak dibuat pada hari isnin(17 Sept 2007) kerana keadaan pergerakan pasaran yang agak perlahan dan tidak yakin untuk membuka sebarang posisi.

Pada minggu ini sudah boleh sesuaikan diri dangan ' Trading System ' yang baru dan dapat mendisiplinkan diri berdasarkan ketetapan yang telah dibuat sebelum ini.Pengalaman lepas banyak membantu terutama dengan menggunakan beberapa indikator dengan baik dan seterusnya membantu untuk mengutip pips walaupun suatu ketika tersilap jangkaan dalam membuka posisi dan menyebabkan loss.

Kelemahan yang masih ketara ialah perasaan tidak yakin apabila 'close'kan urus niaga sedangkan ia masih boleh memberi lebih banyak kutipan pips dan perlu diberi perhatian untuk masa akan datang.

Keputusan urus niaga minggu ini ialah :

Jumlah Trade : 19
Jumlah Win : 18
Jumlah Loss : 1

Jumlah pips win : 119
Jumlah pips loss : 39

Saya juga memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa saya masih mencari rakan belajar TEKNIK ELLIOT WAVE dengan salah seorang Guru yang dikatakan HEBAT dalam mempelopori teknik ini.Syarat yang dikemukakan untuk mencari 10 rakan trader untuk diadakan kelas tersebut dan dijangka selepas sambutan hari raya aidil fitri nanti.Setakat ini kami masih memerlukan 8 trader lagi untuk menguasai teknik ini dan seterusnya membantu untuk mengutip pips dan melihat pergerakan trend masrket dengan lebih baik lagi.

No comments: