Thursday, September 13, 2007

SELAMAT BERPUASA RAMADHAN BUAT SEMUA

Alhamdulillah dengan limpah kurnia Allah SWT kita masih lagi berada di bulan yang penuh keberkatan ini.Dan sesungguhnya bulan ini mengajar kita tentang kekuatan fizikal dan mental.Dan diucapkan Selamat Berpuasa dan menjalani ibadahnya dengan penuh keimanan dan ubah la yang mana patut segala tingkah laku atau perbuatan atau sebagainya yang kurang menyenangkan.

Begitu juga trend market EU pada minggu ini terus up tanpa menoleh kebelakang lagi dan menyebabkan sesetengah rakan yang mempunyai floating SELL terpaksa menanggung kerugian kerana Cut Loss.

Market GBP/USD agak lebih menarik yang berlaku uptrend dan downtrend yang begitu besar dan ketara dan mudah untuk dibuat jangkaan tetapi ia perlu ditanggani dengan penuh berhati-hati agar tidak terperangkap dengan pasaran semasa.

Oleh itu juga membuat saya beralih angin dari pair EU kepada GU.Kepada rakan-rakan yang rata-rata di pair EU boleh mencuba di GU di akaun demo terlebih dahulu.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada sifu Fooart yang banyak membantu mengenali dunia Forex dan juga mengutip pips harian yang lumayan.Semoga Allah merahmati kehidupan anda sekeluarga dan bertambah rezeki.Kalau anda berminat untuk menjadi anak didik beliau, silakan email atau ym kepada saya.Banyak tips dan teknik yang wajar dan wajib diketahui.Insyallah mampu mengutip pips dengan lumayan.

Wassalam, selamat menjalani ibadah puasa...berbuka dan bersahur dengan sederhana...jangan lupa solat terawih....amiinnn

No comments: