Monday, September 24, 2007

PENGURUSAN DIRI "TRADER"

Kisah oleh Zig Ziglar.
Ada sebuah kisah seekor kuda lumba hebat yang bernilai 5 juta dolar.Jika anda ditanya " Jika anda memiliki seekor kuda yang sehebat itu,adakah anda akan:"

  • Memberikanya secawan kopi dan teh sebagai permulaan harinya?
  • Memberikannya makan segera yang penuh dengan gula?
  • Menguncinya di dalam bangsal, dengan hanya sebuah televisyen sebagai teman?
  • Tidak membernarkan ia bersenam?
  • Membenarkanya minum minuman berkarbonat?
  • Membenarkannya menghisap rokok untuk menenangkan diri?
Bagi saya, perkara-perkara sedemikian tidak patut dilakukan walaupun terhadap seekor kucing atau anjing yang bernilai RM50, apa lagi terhadap seekor kuda juara!

Tetapi mengapa ramai pedagang masih menjejaskan prestasi mereka dengan aktiviti-aktiviti dan objek-objek negatif yang disebut di atas?

Salah satu sebabnya ialah TEKANAN....

Dagangan ini boleh menyebabkan tekanan,khususnya kepada mereka yang tidak memiliki:
  • Disiplin
  • Sebuah Pelan Dagangan
  • TahapKesihatan Yang Baik
Saya rasa semua orang bersetuju bahawa badan kita sendiri merupakan modal yang terpenting.
Bukankah kesihatan itu merupakan KEKAYAAN?

Kita harus bertindak sebagai penjaga kepada seekor kuda lumba juara,dan memastikan ia sentiasa sihat supaya ia boleh memenangi setiap perlumbaan.Kita harus bersenam dengan kerap,dan mengelakkan daripada kegiatan merbahaya seperti menghisap rokok serta pengambilan minuman berkarbonat,beralkohol dan berkafein yang keterlaluan.

Apabila anda berdagang, jangan lupa bahawa anda sedang berdagang menentang pihak profesional.Ramai di antara mereka berada di dalam keadaan fizikal dan mental yang sempurna.Untuk bertempur dengan mereka,anda juga harus berada di dalam keadaan yang sama.

" Badan yang dijaga rapi adalah seperti juga sebuah enjin yang dijaga rapi-ia boleh merintangi cabaran yang lebih dahsyat jika ia berada di adalam keadaan yang baik"
- Dr Van Tharp,Trading Psychologist

Menurut Dr Van Tharp,persediaan untuk bertempur boleh diperbaiki dengan meletakkan fokus pada empat kawasan pengurangan TEKANAN;
  • KESIHATAN DAN PEMAKANAN
  • SENAMAN
  • REKREASI
  • KETENANGAN MENTAL
Semoga kita semua mendapat manafaat dan lebih baik daripada semalam...insyallah!

1 comment:

Anonymous said...

Rahasia Trading Forex Profit $1.800 hanya dalam waktu 4 MENIT - GARANSI!!!
Klik Disini : www.GapProfit.com